Social Icons

Home

Thursday, December 15, 2011

Salam...





Salam sejahtera kawan-kawan sekalian, agak lama SBR7 tak upload gambar di blog ni, ramai juga sahabat2 yang bertanya, sebenarnya SBR7 sibuk dengan Rakan niaga rasmi AL-Jabbar di melaka, dan kini SBR7 dah kembali aktif semula dengan Dunia serama, Hidup Serama!!!!!

Wednesday, September 28, 2011

Adik beradik Mr. Rembo maybe last trip..



Ini lah antara adik beradik Mr. Rembo yang mungkin untuk trip yang terakhir, kerana ada seorang peminat ayam serama telah pun merisik Lang Si iaitu bapak kepada Mr. Rembo Mr. Ringo, Lang Flake, anak2 A yang terbaru ni dan banyak lagi... tapi masih belum akad lagi, beliau cuma merisik, jadi tak jadi tu belum tentu lagi, apa-apa pun SBR7 bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah s.w.t... alhamdullilah

Lawatan Sahabat-Sahabat Serama...


Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat-sahabat serama iaitu hj. iskandar (serama keramat), saudara zack (serama cheras), saudara anik (serama batu chaves kuala lumpur), saudara halim kl, saudara kamarul serta adiknya, kerana sudi melawat reban SBR7 yang tak seberapa ni.. ayam pun huduh-huduh belaka, malu sbr7 nak keluarkan, hehehe... banyak juga ilmu yang sbr7 dapat dari otai- otai yang ada ni, terima kasih dan minta maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami, kopi o sahaja yang mampu kami sajikan, kami dari Serama Br7 sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. semoga berjumpa di lain waktu.. salam

Thursday, September 22, 2011

Naga Sari




Naga sari juga merupakan sepupu kepada naga samun ini akan dibawa turun ke bon melaka buat julung-julung kalinya, SBR7 berharap naga sari dapat buat yang terbaik.. insyaallah..

Tuesday, September 20, 2011

Mr. Rembo




Salam kawan-kawan, Mr. Rembo sudah pun bersedia untuk dibawa ke bon, SBR7 berharap Mr. Rembo tidak mengecewakan di hari dia perform pada 25/9/2011 bon kecil Melaka.. terima kasih

Wednesday, September 14, 2011

Mr. Rembo






Salam kawan2 sekalian, ini dia 4 picture terkini Mr. Rembo... Insyallah akan turun bon melaka..

Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri yang Mulia!!! dari kami Warga SBR7

Salam kepada semua peminat-peminat ayam serama diserata dunia, dan juga umat islam sedunia, sbr7 mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang mulia, disini kami warga SBR7 menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata, perbuatan yang tak disengaja mahupun disengajakan yang telah menguriskan hati sahabat-sahabat sekalian, harap di maafkan, sekiranya ada post-post yang terlampau sekali lagi sbr7 pohon ampun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir je.. hehe, nantikan kemunculan 'Naga samun clan'.. insyaallah.. jumpa lagi wasalam

Friday, August 19, 2011

Naga Samun.


salam sejatera kepada peminat-peminat ayam serama diserata dunia, setelah sekian lama semua umat islam mengharungi dugaan dan cabaran di bulan ramadhan al- mubarak ini, kini sudah 20 ramadhan dan ada lagi 10 hari untuk kita menyempurnakan rukun islam yang ke 4 insyaallah , alhamdullilah, semoga allah s.w.t memberi kekuatan iman kepada kita semua amin yarabbal alamin... disamping itu SBR7 turut memaparkan post terbaru Naga samun, jadi untuk kawan2 yang dah lama tanya kenapa tak upload picture naga samun, ha ni dia naga samun, skang ni dia di alam remaja, nak masuk muda, belum nak parking betul-betul lagi.. gila nak naik betina, kita tunggu dan lihat.

Tuesday, August 16, 2011

Alhamdullilah..



Alhamdullilah... semakin hari lang rembo semakin menunjukkan satu peningkatan yang bagus...semakin nak selam, lonjak dada, tahniah2 lang rembo, dengan ini segala spekulasi negatif mengenai keturunan Lang dapat SBR7 tutupkan dengan adanya bukti baka Lang yang telah berjaya di reban SBR7 antaranya Lang si, lang rakus, lang ringgo, lang rembo dan insyaallah ada lang lain yg akan menjelma...terima kasih dan satu penghargaan juga SBR7 berikan kepada pemilik asal baka lang iaitu bro rahman persona..terima kasih bro..

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak dari warga SBR7

Lang Rembo

Naga Sari

salam kawan2.. selamat menyambut ramadhan al- mubarak, disini saya lampirkan gambar lang rembo yang terbaru dan juga sepupu sepapat naga samun iaitu naga sari. Alhamdullilah dengan izin allah s.w.t, SBR7 berjaya menghasilkan induk idaman seperti naga sari ini, syukur...

Wednesday, July 27, 2011

Gagak robot the latest...



Salam kawan-kawan.. alhamdullilah gagak robot semakin menunjukkan aksi yang boleh dikatakan terbaik dalam pandangan SBR7, (tapi di mata pengadil belum tentu lagi..), apa-apa pun gagak robot telah membanggakan warga SBR7 sebelum ini dengan keputusan anak a no 2, anak b no 3 dan remaja ditempat yang 5.. Gagak robot telah menjadi diantara pembaka utama di reban SBR7 bersama-sama Raja merah (bapak Naga samun), dan juga lang si (bapak kepada lang rembo dan ringgo). setakat ni anak-anak gagak robot kebanyakkannya SBR7 lego, tapi anak betinanya tetap disesakkan di reban SBR7... terima kasih.

Tuesday, July 12, 2011

Lang Rembo (Latest)


salam kawan2.. dah lama juga tak upload gambar baru ... ni SBR7 saja2 nak upload picture Lang Rembo yang terkini.. alhamdullilah semakin bergaya dan kuat kibas.. selepas ni SBR7 akan meneruskan pemprosesan susur galur Lang Rembo ni..insyaallah..

Friday, July 1, 2011

Naib Johan anak b (Naga Samun)

Naga Samun

Naga Samun

Lang Ringo

Lang Ringo

Lang Rembo

salam, alhamdullilah, syukur kehadrat Allah s.w.t, kerana pada 26/6/2011 bon di melaka, naga samun telah mendapat tempat ke-2 dalam kategori anak b, manakala ringo di tempat ke-10 dan rembo sekadar berada ditempat yang ke-7 dalam kategori yang sama (dah masuk anak c), tapi tak mengapa, naga samun telah pun berjaya menceriakan warga SBR7, tahniah Naga samun. insyaallah naga samun, rembo dan ringo akan dibawa main di KL dan Perak pada 2/7/2011 dan 9/7/2011...

Friday, June 24, 2011

Generasi 'Raja Merah'

Mas Merah

Naga Samun

Salam kawan-kawan, alhamdullilah rezeki allah s.w.t, walaupun SBR7 sedang proses keturunan 'Lang'. akan tetapi tanpa diduga, lahir lah, seekor naga yang bergelar 'Naga Samun'. berketurunan Limbat, Naga samun ini adalah adik beradik satu bapak berlainan ibu dengan Mas Merah, yang agak terkenal dibahagian selatan, yang juga dimiliki oleh saudara helmi serama bukit. Insyallah warga SBR7 akan focus pada penghasilan baka 'Lang' dan juga baka 'Raja merah'. terima kasih.

Tuesday, June 21, 2011

Lang Rembo


mana boleh tahan Ringo je yang asyik interframe, sekali-sekala nak juga keluarkan lang rembo ni... hehe

Lang generation for SALE!!!

Induk

Dara (ada 4 ekor)

Anak B (ada 2 ekor)

Salam kawan-kawan serta peminat baka 'lang'. SBR7 memiliki lebih kurang 7 ekor betina yang mewarisi baka yang sering menjadi perbualan player2 ayam serama di serata malaysia, dan juga telah banyak kali menjuarai pertandingan di serata malaysia, iaitu Baka Lang, dan pada yang tak tahu apa itu baka lang, boleh tanya pada pemilik asal Lang Persona, iaitu MR. rahman persona, atau layari www.seramapersona.blogspot.com atau hubungi beliau di talian:012-3874898

Sunday, June 19, 2011

Lang Ringo.


salam, dah tak tahu nak upload picture apa, proses penurunan baka 'Lang' dalam proses. jadi masuk je la lang ringo ni, plan nak bwk main bon melaka, kl dan perak insyaallah..

Tuesday, June 14, 2011

Lang Ringo & Lang Rembo.

Lang Ringo

Lang Rembo

Picture terbaru Lang Rembo & Lang Ringo, sebelum masuk bulan ramadhan ni, rembo dan ringo akan menyerikan setiap bon yang ada, yang juga dikenali sebagai bon penutup.. insyaallah

Monday, June 6, 2011

Lang Rembo the latest



Salam kawan2 peminat serama di seluruh malaysia... lama dah SBR7 tak upload picture.. memandangkan ramai bertanya tentang 'Rembo' ni.. jadi SBR7 uploadkan "Lang rembo" yang terkini demi peminat-peminat 'Lang Persona' ini lah keturunan dan susur galur Lang (the original of Lang).... alhamdullilah semakin hari semakin bergaya nampaknya Lang Rembo ni..Syukur alhamdullilah...

Sunday, May 29, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Anak "Lang Si" trip yang kedua.

Lang Ringo

Lang Rembo

Salam inilah adik beradik kandung Lang Flake trip yang kedua dengan gabungan pembaka SBR7 tak lain tak bukan "Lang Si", Lang Rembo dan Lang Ringo nama diberi, mudah-mudahan kedua2 Lang ni menjadi seperti abangnya Lang Flake, trip ke tiga bakal menyusul, harapan SBR7 ingin menaikkan kembali nama "Lang", aku syukur pada mu Ya Allah kerana telah memakbulkan doa ku selama ini, amin...