Social Icons

Home

Wednesday, September 25, 2013

RM 150.00 SEEKOR INDUK

INDUK SEEKOR RM 150 TERHAD 15 EKOR SAHAJA

Tuesday, September 10, 2013

Clearance stock

Salam kepada semua umat manusia, terutama SERAMA FANS...untuk pengetahuan tuan-tuan saya nak letgo sebahagian besar induk-induk terpilih dengan harga yang sangat mengiurkan..terdapat lebih kurang 25 ekor induk untuk dijual dan hanya tinggal hampir 13 induk sahaja lagi..Pembaka pula tinggal lebih kurang 4 ekor dari 10 ekor...sebelum ini SBR7 hanya postkan di Facebook sahaja [Serama Bob Melaka]..jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya di talian 012 3231076 / 019 6443001..disini SBR7 tinggal sebahagian gambar untuk tatapan anda sekalian...




















Tuesday, July 9, 2013

Bon Melaka 7/7/2013


Genipu Sekadar tempat ke 4 bon Melaka 7/7/2013
 
 
Genipu

Clearance Stock !!!

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian.. disini SBR7 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak..semoga amalan baik kita di bulan ini diterima oleh Allah swt.
Disini juga SBR7 ingin memberitahu kpd peminat ayam serama seluruh malaysia mahupun luar malaysia.. SBR7 nak lepaskan sebahagian besar pembaka, induk, remaja,dan dara (anak A dan B sold out semuanya 20 ekor ) dari reban SBR7 sendiri dengan harga pukal sekiranya ambil semua... oleh itu sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi CREW SBR7 di talian yang tertera disebelah kanan blog ini....Dan untuk pengetahuan semua SBR7 bukan nak tukar hobi atau berhenti memelihara serama... cuma ayam direban telah terlampau banyak dan SBR7 sendiri tak dapat nak handle kerana jadual kerja yg sangat padat...so jangan lepaskan peluang ini... salam

P/s: Maaf SBR7 tak dapat nak letak gambar dahulu... kalau sempat nanti SBR7 uploadkan...

Sunday, May 12, 2013

PRODUK 2013



 
GENIPU
 


 
SELEBET (ANAK JEBAT)
 


 

 
SENGAL
 
Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan serama dan juga pelawat-pelawat blog Serama BR7, Alhamdullilah dengan berkat sabar dan usaha selama ini telah membuahkan hasil, dengan breeding 2 ekor pembaka (Jebat dan Tuah) di cross dengan induk-induk dari darah REMBO sendiri, namun masih ada kekurangan pada produk-produk terbaru ni, Insyaallah dengan doa dan kata-kata semangat serta teguran membina dari sahabat-sahabat sekalian, SBR7 akan berusaha bersungguh-sungguh demi memartabatkan ayam serama sebagai ikon MALAYSIA YANG TERCINTA.....

Sunday, March 31, 2013

Alhamdullilah

Syukur Alhamdullilah.. Induk-induk kandang yang SBR7 nak letgo tempoh hari tinggal 1 ekor sahaja lagi, SBR7 mengucapkan jutaaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang percaya kepada produk-produk SBR7 dimana Baka Lang Si & Rembo menjadi tunggak utama di reban SBR7. SBR7 juga bersyukur kerana BATU MAS BR7 telah pun dilamar oleh seorang sahabat lama dari MELAKA iaitu Saudara Wan Welder. TERIMA KASIH ALLAH..

p/s: Maaf Gambar BATU MAS BR7 tak berapa clear.

Sunday, March 24, 2013

Induk Kandang For Sale !!!

Bismillahirahmannirrahim, salam kepada pelawat-pelawat blog dan sahabat-sahabat Serama BR7. Pada hari Sabtu 23/3/2013 lalu SBR7 merancang utk menjual lebih kurang 7 ekor induk kandang SBR7, ini untuk clearkan reban dan SBR7 ada pelapis-pelapisnya.. SBR7 rancang nak jual murah-murah sahaja... Semalam pada 24/3/2013 seorang sahabat dari selangor telah pun ambil 2 ekor induk kandang SBR7.. Jadi tinggal 5 ekor sahaja , memang beliau langkah kanan..Syukur Alhamdullilah, terima kasih semoga induk-induk itu dapat berjasa kepada tuan barunya, gambar memang SBR7 tak sempat nak ambil, tapi kebanyakkan induk-induk adalah adik beradik kepada REMBO, RINGGO, dan FLAKE, serta induk dan juga adik beradik kepada NAGA SERI & NAGA SARI.. dan berdarah LANG CROSS SBR7 sendiri..
p/s: Harga borong lagi murah....

RINGGO - NAGA SERI - FLAKE
          

LANG PERKASA - NAGA SARI - LANG PERSONA

Monday, March 18, 2013

Terima Kasih ALLAH..


Salam kepada sahabat-sahabat serama sedunia, Lama sudah SBR7 tak upload gambar dalam blog ni, walaupun SBR7 tak upload gambar, serama di reban tak putus-putus datang dan pergi (terjual dan menetas), Alhamdullilah.. Dan terbaru pembaka SBR7 (Jebat G dan Submerin) telah pun berjaya menghasilkan generasinya dengan menetasnya 8 ekor anak Jebat G dan 3 ekor anak Submerin .. nak upload gambar anak-anak ni kita tunggu SBR7 free sikit nanti, terima kasih..

Monday, February 4, 2013

Jebat Gila the latest



Salam kepada sahabat-sahabat sekalian, SBR7 update gambar Jebat Gila yang terbaru. Dua ekor induk kandang telah mengeram benih Jebat ini, mudah-mudahan berjaya la projek SBR7 pada tahun ini. Aamiin Ya Allah...

Monday, January 7, 2013

KONTROVERSI !!!

Salam sahabat-sahabat sekalian, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa pula yang kontroversi ni ??? Sebenarnya baru-baru ni SBR7 telah melawat OTAI breeder terkenal di Melaka iaitu Abang Khalid Melaka, Borak punya borak, SBR7 cuba-cuba merisik seekor "PELURU" otai ni, Ayam ni pernah merangkul tempat ke 2 dalam kategori MUDA (game Serama Park Melaka), dan tempat ke 3 kategori ABS (game Serama Park Melaka), dengar khabarnya ayam ni banyak sangat kontroversi, tu yang SBR7 berkenan sangat sebab dah macam artis, Mungkin ramai yang kenal dan ada juga yang tak kenal dengan gelaran "JEBAT GILA", jadi kalau dah kenal maka tahulah SEGILA mana JEBAT ni. Alhamdullilah risikan SBR7 berjaya dengan izin ALLAH S.W.T, dengan harapan semoga projek SBR7 untuk tahun 2013 ini berjaya hendakNYA... Aamiin..


Gambar ikhsan dari Otai Khalid Emas Melaka

Friday, January 4, 2013

BatuMas BR7

Salam sahabat dan pelawat blog serama BR7, diharapkan anda semua sihat walafiat, BatuMas BR7 ni pernah dapat tempat ke 7 game di Serama Park Melaka kategori Remaja, Lepas tu SBR7 simpan dan buat baka jer, Selepas tengok prestasi BatuMas BR7 malam semalam, SBR7 bercadang nak bawa main balik, tapi tengah meluruh.. Takpe kalau ada rezeki tak kemana Insyaallah...

p/s: Picture without FLASH... Sorry..

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT DATANG 2013

Alhamdullilah syukur kepada ALLAH s.w.t kerana masih diberi peluang untuk berada di dunia yang fana ini lagi, Jangan lah kita lupa yang hakikatnya kita sudah pun melalui tahun baharu ISLAM, Dalam kita bergembira jangan kita lupakan sahabat2 serama kita yang telah kembali ke rahmatullah  Al Fatihah kepada Cikgu Din Klang, Abang Lan Jambang, Cikgu Bai JB... Semoga mereka digolongkan bersama orang-orang yang beriman. .(Setiap yang bernyawa pasti merasai mati), salam...