Social Icons

Home

Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri yang Mulia!!! dari kami Warga SBR7

Salam kepada semua peminat-peminat ayam serama diserata dunia, dan juga umat islam sedunia, sbr7 mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang mulia, disini kami warga SBR7 menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata, perbuatan yang tak disengaja mahupun disengajakan yang telah menguriskan hati sahabat-sahabat sekalian, harap di maafkan, sekiranya ada post-post yang terlampau sekali lagi sbr7 pohon ampun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir je.. hehe, nantikan kemunculan 'Naga samun clan'.. insyaallah.. jumpa lagi wasalam

Friday, August 19, 2011

Naga Samun.


salam sejatera kepada peminat-peminat ayam serama diserata dunia, setelah sekian lama semua umat islam mengharungi dugaan dan cabaran di bulan ramadhan al- mubarak ini, kini sudah 20 ramadhan dan ada lagi 10 hari untuk kita menyempurnakan rukun islam yang ke 4 insyaallah , alhamdullilah, semoga allah s.w.t memberi kekuatan iman kepada kita semua amin yarabbal alamin... disamping itu SBR7 turut memaparkan post terbaru Naga samun, jadi untuk kawan2 yang dah lama tanya kenapa tak upload picture naga samun, ha ni dia naga samun, skang ni dia di alam remaja, nak masuk muda, belum nak parking betul-betul lagi.. gila nak naik betina, kita tunggu dan lihat.

Tuesday, August 16, 2011

Alhamdullilah..



Alhamdullilah... semakin hari lang rembo semakin menunjukkan satu peningkatan yang bagus...semakin nak selam, lonjak dada, tahniah2 lang rembo, dengan ini segala spekulasi negatif mengenai keturunan Lang dapat SBR7 tutupkan dengan adanya bukti baka Lang yang telah berjaya di reban SBR7 antaranya Lang si, lang rakus, lang ringgo, lang rembo dan insyaallah ada lang lain yg akan menjelma...terima kasih dan satu penghargaan juga SBR7 berikan kepada pemilik asal baka lang iaitu bro rahman persona..terima kasih bro..

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak dari warga SBR7

Lang Rembo

Naga Sari

salam kawan2.. selamat menyambut ramadhan al- mubarak, disini saya lampirkan gambar lang rembo yang terbaru dan juga sepupu sepapat naga samun iaitu naga sari. Alhamdullilah dengan izin allah s.w.t, SBR7 berjaya menghasilkan induk idaman seperti naga sari ini, syukur...