Social Icons

Home

Monday, March 18, 2013

Terima Kasih ALLAH..


Salam kepada sahabat-sahabat serama sedunia, Lama sudah SBR7 tak upload gambar dalam blog ni, walaupun SBR7 tak upload gambar, serama di reban tak putus-putus datang dan pergi (terjual dan menetas), Alhamdullilah.. Dan terbaru pembaka SBR7 (Jebat G dan Submerin) telah pun berjaya menghasilkan generasinya dengan menetasnya 8 ekor anak Jebat G dan 3 ekor anak Submerin .. nak upload gambar anak-anak ni kita tunggu SBR7 free sikit nanti, terima kasih..

Monday, February 4, 2013

Jebat Gila the latest



Salam kepada sahabat-sahabat sekalian, SBR7 update gambar Jebat Gila yang terbaru. Dua ekor induk kandang telah mengeram benih Jebat ini, mudah-mudahan berjaya la projek SBR7 pada tahun ini. Aamiin Ya Allah...

Monday, January 7, 2013

KONTROVERSI !!!

Salam sahabat-sahabat sekalian, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa pula yang kontroversi ni ??? Sebenarnya baru-baru ni SBR7 telah melawat OTAI breeder terkenal di Melaka iaitu Abang Khalid Melaka, Borak punya borak, SBR7 cuba-cuba merisik seekor "PELURU" otai ni, Ayam ni pernah merangkul tempat ke 2 dalam kategori MUDA (game Serama Park Melaka), dan tempat ke 3 kategori ABS (game Serama Park Melaka), dengar khabarnya ayam ni banyak sangat kontroversi, tu yang SBR7 berkenan sangat sebab dah macam artis, Mungkin ramai yang kenal dan ada juga yang tak kenal dengan gelaran "JEBAT GILA", jadi kalau dah kenal maka tahulah SEGILA mana JEBAT ni. Alhamdullilah risikan SBR7 berjaya dengan izin ALLAH S.W.T, dengan harapan semoga projek SBR7 untuk tahun 2013 ini berjaya hendakNYA... Aamiin..


Gambar ikhsan dari Otai Khalid Emas Melaka

Friday, January 4, 2013

BatuMas BR7

Salam sahabat dan pelawat blog serama BR7, diharapkan anda semua sihat walafiat, BatuMas BR7 ni pernah dapat tempat ke 7 game di Serama Park Melaka kategori Remaja, Lepas tu SBR7 simpan dan buat baka jer, Selepas tengok prestasi BatuMas BR7 malam semalam, SBR7 bercadang nak bawa main balik, tapi tengah meluruh.. Takpe kalau ada rezeki tak kemana Insyaallah...

p/s: Picture without FLASH... Sorry..

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT DATANG 2013

Alhamdullilah syukur kepada ALLAH s.w.t kerana masih diberi peluang untuk berada di dunia yang fana ini lagi, Jangan lah kita lupa yang hakikatnya kita sudah pun melalui tahun baharu ISLAM, Dalam kita bergembira jangan kita lupakan sahabat2 serama kita yang telah kembali ke rahmatullah  Al Fatihah kepada Cikgu Din Klang, Abang Lan Jambang, Cikgu Bai JB... Semoga mereka digolongkan bersama orang-orang yang beriman. .(Setiap yang bernyawa pasti merasai mati), salam...